Hidup Bermanfaat
Ahad, 15 Ogos 2010
Rabu, 11 Ogos 2010

SANG API....MENTARI
Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah Nabi Adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam as. Maka Jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.
Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Aadam as.
Zabaniah: sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril: sebesar kurma...
Zabaniah: kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya
Jibril: kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...
Zabaniah: kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka Jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.PENGAJARAN: Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA
.Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya secara diam-diam" (Riwayat Tarmizi)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap, sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya" (Riwayat Tarmizi)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya" (Riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu, nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah" (Al-Hadith)
..Semoga mendapat manfaat...
Isnin, 5 Julai 2010


POKOK DAN MOTIVASI
Tahukah Anda bila kita selalu dekat dengan pokok, kita akan rasa tenang, bersemangat dan penuh dengan inspirasi?. Mungkin Anda kurang menyedari hal ini. Kita jadi bersemangat apabila kita selalu hampir pada alam terutama hampir dengan pokok dan rumput-rumput hijau. Orang-orang Barat cepat mencapai kemajuan kerana mereka suka bersantai di taman bersama keluarga. Dekat pada pokok-pokok dan alam semulajadi menjadi kebiasaan buat mereka.
Oleh kerana mereka dekat dengan alam, fikiran mereka jadi lebih positif sebab mereka merasa tenang sentiasa sedangkan ramai daripada mereka bukan beragama Islam seperti kita. Dari fikiran positif, tindakan mereka lebih banyak mengarah kepada tindakan positif lantas membuat mereka banyak mencapai pencapaian-pencapaian positif. Pokok mempunyai tenaga positifnya tersendiri. Tenaga positif ini dipanggil ‘prana’.
Tiap kali kita duduk berhampiran pokok atau kita duduk 30-60 minit di bawah pokok yang besar, sedar tak sedar tubuh kita menyerap pancaran tenaga positif yang terpancar dari pokok melalui kulit tubuh kita. Kesannya, fikiran kita berubah jadi tenang dan kita berada dalam emos santai.Bila kita sudah tenang dan santai, kita jadi bersemangat. Bila sudah bersemangat, rasa gusar, risau dan tertekan hilang tiba-tiba.Masalah yang kita fikirkan nampak penyelesaiannya. Fikiran yang berserabut seolah-olah jadi ‘ringan’ tak semena-mena.
Tiap kali Anda berasa resah, gelisah, hati terluka, bawa diri Anda duduk bersendirian di bawah pokok. Tak jumpa pokok yang besar, cari pokok yang rimbun dan dekatkan diri Anda pada pokok tu terutama di taman-taman yang suasananya tenang.Lebih kerap Anda berada hampir dengan pokok, lebih bermotivasilah Anda. Ni satu terapi diri yang baik, mudah dan murah.
DiSIPLIN MENJAGA FIKIRAN
Dalam artikel lalu saya ada kata kita akan mengalami kesukaran mengawal tanggapan-tanggapan liar yang ada di fikiran kita.Pada peringkat permulaan, kita akan merasa agak sukar. Sebab, kita sudah terbiasa dengan tanggapan-tanggapan liar tu dan ia menjadi sesuatu yang normal buat kita. Dalam diri kebanyakan orang, kita sudah terbiasa melayan tanggapan-tanggapan liar.Dalam hidup, setiap perkara mesti ada DUA.Baik dan buruk, siang dan malam, positif dan negatif, lelaki dan perempuan.
Begitu juga dengan sangkaan-sangkaan kita.Ada sangkaan-sangkaan buruk, ada sangkaan-sangkaan baik. Kita lebih banyak terdorong untuk bersangka buruk sebab setiap hari kita join orang lain tengok berita yang buruk-buruk, berkata hal yang buruk-buruk, berfikir yang buruk-buruk serta berkata yang buruk-buruk terutama ketika saat kita sakit hati pada sikap seseorang.Untuk melatih diri kita supaya sentiasa bersangka baik, kita perlu berdisiplin. Tak ada cara lain lagi melainkan berdisiplin. Kita boleh mintak orang lain menilai kita dan mengkritik kita supaya kita boleh tahu kita ni berdisiplin ke tidak.
Elak untuk membiarkan fikiran-fikiran negatif dan tanggapan-tanggapan negatif menguasai Anda. Tiap kali Anda dapati fikiran Anda mengarah kepada fikiran negatif, tukar cepat-cepat. Buang sangkaan-sangkaan buruk dan fikiran-fikiran buruk. Semua tu termasuk dalam kategori fikiran negatif. Kena sedar ya.Anda perlu mengingatkan diri sendiri, kena selalu ‘alert’ dengan fikiran Anda terutama ketika Anda sedang bersendirian atau ketika fikiran melayang. Berhati-hati dengan apa yang kita selalu fikirkan.Fikiran buruk menarik situasi-situasi buruk ke dalam hidup kita lalu membuatkan hidup kita penuh dengan masalah-masalah yang tak pernah berkesudahan.
MOTIVASI KERJA
Salah satu faktor penentu motivasi kerja ialah kesediaan kita menerima arahan, terutama dari boss yang lebih muda umurnya daripada kita.Dalam sektor kerajaan, kita akan dipandang dari jawatan kita dan senioriti, kita kurang dipandang dari segi kemahiran.Dalam sektor swasta, kita akan lebih dipandang jika kita memiliki banyak kemahiran daripada orang lain di dalam organisasi.
Teori ini tak semestinya sama dalam semua tempat kerja sektor swasta tapi dalam kajian kami, kebanyakannya begitu, terutama organisasi di dominasi bangsa Cina.Motivasi bekerja akan lebih ampuh apabila kita bersedia menerima arahan, memproses arahan itu di fikiran, merangka strategi, menyediakan bajet masa kemudian bertindak melaksanakan arahan.Kita perlu bijak menangani arahan-arahan dari bos kita terutama apabila kita menerima lebih daripada satu arahan dalam satu masa.Usah pentingkan ego kita, pentingkan sumbangan kita pada organisasi tempat kita bekerja mencari rezeki.
7 TIPS AWET MUDA..
7 tips untuk anda dan saya kelihatan awet muda. Mari kita tengok. Ada tak kita amalkan kesemua ini:
1. Makan pemakanan yang bernutrisi – Makanan bernutrisi ini maknanya banyakkanlah makan buah-buahan. Makin banyak anda mengambil buahan-buahan, makin besar peratusan anda untuk kelihatan lebih muda. Makan buah pun bukannya susah. Ya tak? Buah-buahan ni mengandungi anti oksidan dan ini secara tidak langsung membantu anda untuk kelihatan lebih muda.
2. Elakkan mendapat pancaran matahari secara kerap – Ini pun penting. Cahaya matahari secara terus akan mudah merosakkan lapisan kulit anda. Terutamanya mereka yang sedang berada di kawasan yang mengalami musim-musim panas. Cahaya matahari waktu pagi itu baik. Cuma jangan sampai berlebihan, di tengah terik tengah hari apatah lagi.
3.Dapatkan air yang mencukupi – Air yang mencukupi ialah sebanyak 8 gelas air masak sehari. Ini yang biasa disebut. Ke mana-mana, bawalah air. Pastikan tubuh anda tidak kekurangan air.
4.Lakukan kerja yang anda suka – Ini tersangat-sangat penting. Apa pun kerja yang anda buat, lakukanlah ia dengan happy, buat sebaik mungkin. Jangan paksa diri anda untuk melakukan sesuatu kerja yang anda sendiri tidak suka. Natijahnya nanti, anda sendiri yang akan tertekan, stress dan ini semua akan menyerlahkan lagi wajah tua anda.
5.Banyakkan senyum dalam kerja, anda pasti akan kelihatan lebih muda.
6.Tidur yang cukup – Walaupun sesibuk mana sekalipun awak tu, kak, bang, seeloknya dapatkanlah tidur yang secukupnya. Tidur selama 6 hingga 7 jam sehari itu penting. Bila tidur tak cukup, badan akan tidak cukup tenaga. Bila tubuh lemah, anda akan lebih lesu, tidak bermaya, setiap tindakan anda juga akan tidak menjadi. Tidur yang cukup akan menstabilkan kembali sistem-sistem tubuh anda. Jadi, pastikan tidur anda sentiasa cukup.
7.Berfikiran positif – Kita dalam hidup ni tak boleh lari dari masalah. Betul? Tak ada manusia yang hidup kat atas bumi ni yang gembira sentiasa. Kita tak akan jumpa orang yang hidup dengan tak ditimpa problem, cabaran dan dugaan. Derita, suka dan duka itu lumrah, kak. Kita yang menentukan sama ada untuk ceria atau untuk terus berduka. Sentiasalah positif. Apa pun masalah yang melanda, anda perlu positif. Dari situ anda lebih bersemangat, ceria, senyum dan setiap langkahan anda akan lebih laju dan terkedepan dari yang lain-lain.
8.Dapatkan pertolongan daripada Tuhan – Nombor tujuh ni patutnya saya letak di nombor satu. Sengaja saya letak di sini, supaya bila anda mengakhiri bacaan saya kali ini, anda akan ingat yang ini dulu. Bang, kak, adik-adik semua, kita kalau nak apa-apa kat mak ayah kita, kita mesti buat baik kat mereka dulu, baru biasanya mereka akan beri. Betul? Jadi, ini pun macam tu. Dekatkanlah diri kita pada Dia. Taat suruhannya. Minta betul-betul pada Allah. Dia mesti bagi. Dia pasti akan kabulkan permintaan hamba-hambanya yang betul-betul taat dan laksanakan peritahnya.
Untuk anda semua, saya ucapkan selamat bermuda-mudi, selamat berawet muda dan selamat kelihatan muda dari usia anda sepatutnya!
Sumber: Blog Sang Mentari, Blog I Motivasi
Langgan:
Ulasan (Atom)